12 Ogos 2010, Khamis
Penulis mengucapkan syabas kepada Datuk Shahrizat kerana setelah sekian lama isu buang bayi berlaku baru hari ini undang-undang hukum gantung akan dikenakan terhadap pesalah yang didapati ada niat membunuh bayi. Nampaknya Datuk Shahrizat agak terbelakang dalam isu ini kerana isu pembuangan bayi ini telah berlarutan setelah sekian lama. Tindak tanduk kerajaan di dalam menangani masalah ini adalah dianggap sambil lewa. Hanya dengan mengenakan hukum gantung sahaja dan digembar-gemburkan oleh media adalah sangat tidak mencukupi.
Kerajaan sepatutnya mengambil langkah lebih drastik seperti saranan Ketua Pemuda Pas Ustaz Nasruddin Tantawi. Di antara usul beliau adalah
a. Kerajaan perlu segera menghapuskan gejala pelacuran yang berleluasa di Malaysia.
b. Memastikan siaran televisyen tiada unsur seks dan maksiat
c. Memperbanyakkan tempat pengajian ilmu
d. Mentarbiyah masyarakat yang hidup semakin menyimpang jauh dari ajaran Islam
Peranan Kementerian Perpaduan , Wanita dan masyarakat sepatutnya mengambil langkah yang lebih pro aktif dan bukan sahaja berurusan dengan berpusatkan di pejabat. Masyarakat dewasa ini perlu didekati dan difahami dan menyelami perasaan dan naluri mereka.
0 comments:
Post a Comment