Kuasa Rakyat telah ditunjukkan
Pilihanraya telah pun berlabuh tirainya. Wakil PAS iaitu Abdul Wahid Endut degan pengalamannya mewakili Dun Mempelam selama 5 penggal telah menunjukkan taring dengan memperolehi undi 32,883 berbanding pencabar utama iaitu calon BN Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya memperoleh undi sebanyak 30,252. Calon Bebas cuma memperolehi undi 193 undi. Undi majoriti dimenangi oleh calon PAS adalah sebanyak 2,631 undi. Ini menunjukkan peningkatan ketara dari perubahan dan kehendak rakyat dari calon BN memenangi pada PRU ke 12 yang lalu dengan majoriti lebih 600 undi semakin kehilangan sokongan rakyat. Parti BN sudah tidak relevan lagi dengan pilihan rakyat.
Rakyat semakin muak dan jijik dengan momokan dari pemerintah yang menggunakan political fear dan sering menunjuk nunjuk agar rakyat sekarang patut berterima kasih kepada kerajaan sedia ada bahawa semua patut bersyukur dan memilih pemerintah sekarang. Rakyat diseru oleh mereka agar bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan seperti hospital, jambatan, sekolah dan kemudahan lain.
Rakyat sekarang bukan seperti tahun 50an. Mereka sudah pandai menilai yang mana intan yang mana kaca. Semua kemudahan yang sepatutnya dibuat sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Sekiranya hal-hal asas seperti itu pemerintah pun tidak boleh apa lagi yang mereka boleh buat. Inilah seharusnya ditunjukkan oleh rakyat pada PRU ke 12. Dengan rekod yang bergaya dan cemerlang, Pakatan Rakyat dengan diterajui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim melangkah dengan cemerlang dengan menawan Parlimen Kuala Terengganu.
Dengan itu, BN hanya mempunyai 137 kerusi di Parlimen, merosot 3 kerusi setelah 2 lagi kerusi SAPP menjadi calon parlimen bebas. Ahli parlimen Bebas kini ada 3 orang termasuk Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket PAS. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen. Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu. Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Kini, rakyat menunggu keputusan peralihan kuasa mac 2009 seperti yang digembur-gemburkan oleh media. Melihat kepada prestasi Najib sudah pasti Pak Lah melihat bahawa di dalam UMNO semakin banyak perpecahan. Tun Mahathir dalam kenyataannya dalam warta berita Buletin TV3 pada 18 Jan 2009 menyatakan kekalahan BN bukan disebabkan oleh Najib tetapi faktor calon. Semua sedia makluman bahawa faktor calon sangatlah penting dan sinonim dengan orang Terengganu. Parti PAS telah belajar dari kesilapan lampau iaitu tidak meletakan orang luar pada pilihanraya kecil kali ini. Walaupun Tun Mahathir menyatakan rakyat bukan tidak menyokong BN tetapi rakyat tidak suka pada calon, mereka tiada pilihan kerana mereka juga tidak suka PAS. Tun Mahathir silap kerana beliau masih lagi leka dengan buaian dan mimpi selama 22 tahun pemerintahannya.
0 comments:
Post a Comment