
Hancur pendidikan awal Islam di N.Sembilan
Teruk betul kerajaan Negeri Sembilan ini dalam menjaga kepentingan Islam di Negeri Sembilan. Dah lah heboh diperkatakan Negeri Sembilan tiada Mufti sekarang ini. Sebelum ini dilaporkan pula Kelas Agama untuk pelajar sekolah rendah menghadapi masalah (lihat laporan sini AMKNS )
Terbaru diberitakan ada sebuah sekolah di Negeri Sembilan yang lain menghadapi masalah langsung tidak boleh diadakan Kelas Agama Petang (KAP) kerana ketiadaan bilik darjah. Atas inisiatif beberapa pegawai Jabatan Agama Negeri Sembilan mereka cuba berbincang dengan jawatankuasa masjid dan surau setempat untuk mengadakan KAFA di kawasan berkenaan.
Itu bab KAP, KAFA dan SARA. Sebelum ini juga ada dengar cerita banyak KAFA dan SARA di kawasan kampung dan tanah perancangan terpaksa ditutup atau tidak dapat dibuka kerana tiada galakan atau dorongan.
Malahan yang lebih menyedihkan ialah Elaun Guru KAFA/SARA yang boleh dikatakan paling rendah di Malaysia iaitu sekitar RM 500. Jika nak dibandingkan dengan Melaka RM 1000, Wilayah RM 1000 , Selangor RM 1200-1500 , Pulau Pinang yang DAP perintah pun sekitar RM 700.
Dah lah KAP, KAFA dan SARA di N.Sembilan ini dalam keadaan menyedihkan, nasib pendidikan menengah Islam di N.Sembilan pun begitu. Tiada sekolah menengah agama yang baru dibina untuk memenuhi permintaan yang semakin ramai tahun ke tahun.
Contohnya selepas PMR, jika ingin mengambil aliran Sains di sekolah agama adalah amat terhad di Negeri Sembilan ini, akibatnya ada pelajar yang terpaksa berhijrah ke Selangor dan Melaka yang mempunyai lebih banyak sekolah agama aliran sains peringkat menengah tinggi.
Dengan KAP/KAFA/SARA dan Sekolah Menengah Agama yang tidak terbela , tiada Mufti , diburukkan lagi dengan usaha mematikan masjid-masjid di N.Sembilan ini apabila YB campurtangan dalam pemilihan AJK Masjid, bukannya dilantik oleh ahli kariah.
Tidak hairanlah dalam Kuliah Subuh Ustaz Abdul Rahim Yusuf di Masjid Bandar Baru Senawang membicarakan Jihad di Palestin, beliau menegaskan bahawa Jihad sebenar kita ialah di Negeri Sembilan ini, iaitu jihad dalam bidang dakwah, dalam bidang pendidikan Islam , dalam bidang mengimarahkan masjid, dalam menangani masalah sosial, dalam menangani masalah kedai arak dan judi yang jelas tiada usaha pencegahan dari pihak PBT dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Dato Seri Mohamad Hassan dan UMNO Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini. Apakan tidak pejabat Parlimen Rembau berbangga turut serta bersama syarikat judi Magnum mengagihkan bantuan kebajikan.
Malahan dalam isu Palestin pun kerajaan Negeri Sembilan tidak menjalankan sebarang usaha baik dalam menganjurkan rapat umum, kutipan dana dan siri penerangan. Hanya atas inisiatif NGO, AJK Masjid dan masyarakat setempat sahaja isu Palestin ini diberi ruang penerangan di N.Sembilan.
Kerajaan dan rakyat Kelantan mampu mengutip RM 1.4 juta untuk Palestin, kerajaan Selangor lebih RM 1 juta. Tapi Negeri Sembilan langsung tak ada. Bahkan pemimpin UMNO di Negeri Sembilan ini pula menyeru kepada rakyat supaya jangan Boikot produk Israel dan Amerika Syarikat.
Jangan hairan dalam masa terdekat UMNO dan Barisan Nasional akan kecundang sebelum pilihanraya ke 13 jika ada wakil-wakil rakyat mereka yang melompat menyertai PAS, PKR atau DAP , melihatkan kelemahan MB mentadbir N.Sembilan.
0 comments:
Post a Comment